Sunday, September 25, 2016

BENDERA RASMI PORTUGIS
PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
( PORTUGIS )
AHLI KUMPULAN
  1. SAIFIL AIDEEL  (16DEE16F1028)
  2. MUHAMAD AFIQ ALIUDDIN(16DEE16F1034)
  3. SHAFIQ NAQIUDDIN(16DEE16F1034)
PENGENALAN

Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan, penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat. Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang eropah oleh Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca Da Gama di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka ruang kepada India dengan membuka Loji Perdagangan di Cochin dan menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelom menawan Kota Melaka pada tahun 1511.Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih daripada 150 tahun.  Masyarakat menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh pendudukan Kuasa-Kuasa Asing seperti Portugis (1511-1641)

FAKTOR PENJAJAHAN PORTUGIS

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.

Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.

KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS TERHADAP TANAH MELAYU


Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti
 ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.


TUJUAN PENJAJAHAN PORTUGIS


1. GOLD
- Gold ygang dimaksudkan ialah kekayaan sumber bahan mentah dan rempah ratus.
Perdagangan rempah pada masa itu amat memberi keuntungan yang banyak.Oleh kerana ini Portugis telah datang ke Melaka untuk menguasai remoah ratus dan juga bahan mentah untuk menguasai ekonomi.


2. GOSPEL- Menyebarkan agama kristian.

Kedatangan Portugis ke Melaka juga adalah kerana ingin menyebarkan ajaran agama kristian. Dalam masa yg sama juga portugis ingin menamatkan pengaruh ajaran Islam dari tersebar.


3. Glory- Meluaskan pengaruh dan kuasa di timur.

Selain dari  memeonopoli ekonomi dan menyebarkan ajaran kristian tujuan portugis untuk menjajah Melaka adalah kerana ingin meluaskan pengaruh jajahannya ke timur.Pada masa zaman itu banyak kuasa besar barat seperti British,Belanda dan Perancis telah menjajah banyak kawasan di timur.
SISTEM PENTADBIRAN PERDAGANGAN PORTUGIS 
Sepanjang pemerintahan Portugis di Melaka ,Portugis telah mengubah sistem pentadbiran perdagangan Melaka.

  1. Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai sebanyak 6%-10% daripada hasil dagangan mereka.
  2. Setiap pedagang perlu mendapat pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu.
  3. Portugis memeonopoli barang dagangan utama.Portugis memebeli barang dagangan dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga yang tinggi
  4. Diskriminasi (PENINDASAN)  terhadap pedagang Islam
Di sebabkan hal ini di mana Portugis telah mengubah sistem perdaganagan melaka di mana Portugis hanya lebih mementingkan keuntungan sahaja telah menyebabkan ramai pedagang tidak mahu berdagang di Melaka
KESAN PENIGGALAN PORTUGIS

Kesan penaklukan Portugis ke atas Melaka dapat dilihat dari tiga aspek iaitu segi politik,ekonomi dan sosial.


  • POLITIK
Penubuhan Kota A FAMOSA membawa maksud " YANG MASHYUR" ini adalah sebahagian langkah portugis untuk mengukuhkan tempatnya di Melaka. Selain itu, Portugis juga menjalinkan hubungan persahabatan dengan Pegu,Jawa,Hindu,Cina,Siam dan Sumatera sebagai cara memeulihkan hubungan perdaganganyang terjejas akibat perang PORTUGIS-MELAKA.
  • EKONOMI
Portugis telah melaksanakan dasar monopoliterhadap aktiviti perdagangan terutama di perairan selat Melaka.Kapal-kapal yang lalu di selat Melaka dikehendaki untuk singgah ke Melaka dan para perdagang terpaksa membayar cukai kerana memasuki Melaka.

  • SOSIAL
Lahir masyarakat baru akibat perkahwinan campur  antara melayu dan portugis di kenali sebagai masyarakat Serani. Hal ini juga boleh dilihat dari segi penyebaran agama kristian, Pihak portugis berusaha untuk menyebarkan ajaran agamakristian di Melaka tetapi tidak seperti apa yang mereka harapkan.Hal ini keran masyarakat Melayu tidak berminatdan masih berpegang teguh pada ajaran agama Islam yang terlebih dahulu disebarkan oleh pedagang-pedagang Arab.